Latar Belakang SAM Paya Jaras

Sekolah Menengah Agama Paya Jaras (SAM Paya Jaras) terletak di Paya Jaras Tengah. Ia bersebelahan dengan Dewan Serbaguna MBSA, kira-kira 500 meter dari Jln Kuala Selangor (Kepong-Kuala Selangor). Sekolah ini merupakan 'nadi utama' bagi lepasan pelajar sekolah rendah agama (SRA) bagi anak-anak penduduk di Paya Jaras, Kubu Gajah, Sg Pelong dan yang berhampirannya.

SAM Paya Jaras kini mempunyai pelajar seramai hampir 500 orang.  Ia diterajui oleh Puan Zamilah Amin Bt Mohd Lutfi selaku pengetua di sana. Bermula tahun 2010 SAM Paya Jaras telah mempunyai 11 buah kelas iaitu Tingkatan 1 sebanyak dua kelas, Tingkatan 2 sebanyak tiga kelas, Tingkatan 3 sebanyak tiga kelas, Tingkatan 4 sebanyak dua kelas dan Tingkatan 5 sebanyak satu kelas.

Guru-guru di SAM Paya Jaras adalah seramai 36 orang pelajar iaitu hampir semuanya adalah Gred DG41. Sekolah agama ini adalah sekolah bantuan kerajaan dibawah pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga JAIS. Manakala seliannya adalah dibawah Pejabat Pelajaran Daerah Gombak (PPD Gombak)

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.